Squid Sweet & Sour...



Jeng jeng jeng...dish tuk hari nih, Love masak Squid Sweet & Sour... \:D/

Resipinya memang mudah sekali, mungkin sama gak dgn yang lain... ;)


Love letak gak la resipinya yer... cara Love buat... ;)



Bahan-bahannya :~
Bahan (A) ~ diperap
  • 900gm sotong putih - dibersihkan dan dipotong bulat (ikut suka)
  • sedikit garam
  • 2 sb tepung jagung
Bahan (B) ~ tuk menumis
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk lumat
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
  • 1 inci halia - ditumbuk lumat
  • 1 batang serai - diketuk
  • 2 sb cili kisar / cili boh (ikut citarasa)
Bahan (C) ~ campuran sos
  • 2 sb sos masam manis
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb sos cili
Bahan D ~
  • 1 biji bawang besar - potong bulat
  • 1 biji cili merah - hiris
  • 1 biji cili hijau - hiris
  • Garam dan Gula secukup rasa
  • sedikit air
  • minyak masak
Cara-cara memasaknya :~
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan sotong hingga masak. Angkat dan toskan. (pastikan minyak dah betul2 panas sblm memasukkan sotong)
  2. Kurangkan minyak dlm kuali, kemudian tumis bahan2 (B) hingga terbit bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan Bahan (C), sedikit air, garam dan gula. Kacau dan masukkan pula bahan (D) dan gaul mesra.
  4. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
  5. Padamkan api dan hidangkan panas2!
Mudah kan??? ;))

Comments

  1. akak plan nak buat sambal sotong asyik x jadiii aje. sotong tu penat asyik dok kuar masuk freezer.hehehe

    ReplyDelete
  2. Hehe, knp asyik keluar masuk jer? ;)...My son's favourite sotong nih ;)

    ReplyDelete
  3. Nanti dah habes pantaang akan ku belasah sotong neh habess habess... uwaaa!!!!

    ReplyDelete
  4. Ijan...hehe kejap jer lagi! time flying dah karang semua! tutup mata, bukak mata pantang pun dah habis! hehe ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

THANK YOU FOR STOPPING OVER