BeansCarrot Mixvege...


Love share resipi BeansCarrot Mixvege here! ;)


Bahan2nya:-

  • segenggam kacang buncis (dibersihkan dan dihiris)
  • 1 batang carrot (dipotong ikut suka)
  • segenggam ikan bilis (digoreng terlebih dahulu)
  • 1 cm halia - dicincang
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 bawang besar - dihiris
  • sedikit daun kari
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji cili hijau
  • sedikit biji sawi
  • sedikit biji jintan manis
  • 1 sb sos tiram
  • garam dan aji secukupnya
  • minyak masak
Cara memasaknya :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis biji sawi, jintan manis, halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari. Tumis sekejap.
  3. Masukkan kacang buncis dan carrot, garam, aji dan sos tiram. Gaul mesra dan tutupkan sebentar ngan penutup kuali.
  4. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul sebati. Padamkan api.
  5. Itu sahaja!!! Simple kan! ;))

Comments