Vegetable Kurma...

Vegetable Kurma...sesuai dihidang bersama nasi minyak/ beriani...

Bahan2 dikisar bersama :-
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 3 biji cili hijau
  • 2 sb kelapa parut
  • segenggam buah gajus (dibelah dua dan direndam dlm air terlebih dahulu)
  • 3 sb serbuk kurma
  • 1 sb serbuk ketumbar
--------------------------------

  • kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • 1 batang lobak merah (yang besar....klu kecik gn 2 btg)
  • 1 bunga kobis (cauliflower)
  • 15 batang kacang buncis - potong serong
  • 2 biji ubi kentang - potong empat
  • 2 biji cili merah
  • 5 sb minyak sapi
  • 1 biji tomato - potong empat (ambik yang besar)
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • setangkai daun kari
  • segenggam daun ketumbar
  • garam secukupnya
  • 300ml air - boleh tambah jika mahu

Cara-cara:-

  1. Panaskan minyak sapi dlm kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bawang besar dan daun kari.
  2. Masukkan lobak merah, bunga kobis, kacang buncis dan ubi kentang. Kacau dan tutupkan kuali kejap.
  3. Masukkan pula bahan2 kisar, cili merah, air, tomato dan garam. Gaul rata dan tutup kuali. Biarkan mendidih.
  4. Apabila kurma dah masak taburkan daun ketumbar, gaul rata dan padamkan api.
  5. Itu sahaja...Vegetable kurma sedia dihidang! ;)

Happy August 2009! \:D/

Comments

  1. Hi love ur blog but I can't read nor understand Malay.can kindly post in English for this recipe n ur meshing goreng n of cos fish ball sambal looks simply mouthwatering.

    Thks dear
    Malini
    Singapore

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Hello Malini, welcome to my space.

      Apologize my initial posts were in Malay. Kindly use Google Translate to convert the recipe to English. Email if you have any queries ;)

      Delete

Post a Comment

THANK YOU FOR STOPPING OVER