Ayam Goreng Bertumis & Salad MayoCucumber...



Dishes tuk hari nih...Ayam Goreng Bertumis nih memang one of my favourites...

Goreng ayam macam biasa, kemudian tumis bahan2 yang lain plak...kemudian campurkan ayam yang telah digoreng...itu sahaja...;)

Okey2...Love bagi resipi simple nih yer...boleh cuba jika berminat ;)

Bahan2 tuk Ayam Goreng:- (Perap 1/2 jam)
  • 1 ekor ayam (dicuci dan dipotong saiz sederhana)
  • 7 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 2-3 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam dan aji secukup rasa
Bahan2 Tumis :-
  • 2-3 biji bawang besar - potong bulat2
  • 6 tangkai cili kering - potong dua
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 batang serai - diketuk
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • sedikit rempah 5 spices
  • sedikit jus lemon (jika suka)
  • Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak dlm kuali (biar cukup untuk menumis). Tumis kayu manis, bunga lawang, biji jintan manis dan biji jintan putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang besar, cili kering, daun kari dan serai. Tumis sebentar hingga wangi.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, tambahkan rempah 5spices dan gaul sebati.
  5. Padamkan api dan perah sedikit jus lemon. Gaul lagi dan sedia dihidang!

Itu sahaja, simple aje kan...;)

Tuk dish sampingan pulak, Love buat Salad MayoCucumber nih...simple jugak...


Bahan2nya:-
  • 1 biji timun (potong ikut suka)
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji cili merah - hiris kecik2
  • 1 biji cili hijau - hiris kecik2
  • 3 sb mayonis
  • garam dan aji secukup rasa

Cara membuatnya:-
  1. Masukkan semua bahan di atas dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati.
  2. Boleh disimpan dlm peti sejuk ataupun dimakan begitu sahaja!


Selamat menjamu selera.....;)

Dengan ini, Love ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kengkawan cyber Love yang sudi berkunjung ke umah Love dan menerima kad sempena bulan puasa daripada Love yer ;) Really appreciate all ur efforts! Bagi mereka yang belum lagi ambik, sudi2kanlah yer...jgn malu2 tau...;) Bagi pengunjung baru, dipersilakan jugak...n welcome to Love's page! ;)

Cheers!




Comments

  1. love...akak dah terliur tengok ayam tu. sedapnyaaa...nanti bolan posa, akak nak try lah.tq3

    ReplyDelete
  2. mmmm sedapnya dah lama tak makan timun tu. kena pulak dgn si ayam tu mengancam.

    ReplyDelete
  3. Ayam bertumis tuh memang mengancam la Love... leh tunjuk kat hubby kot2 dia nk masak timepose nanti.maklom time tu kite cuti.hehehe.

    ReplyDelete
  4. Kak Ain...boleh cuba yer kak...hope meet ur taste ;)

    ReplyDelete
  5. KakDa...mengancam ke kak? cuba makan, lagi mengancam...hihi ;)

    ReplyDelete
  6. Ijan...yeah boleh suruh hubby buat yer ;)...yeah Ijan dah kena CUTI kan...hihi ;)

    ReplyDelete
  7. td sy buat ayam goreng bertumis tu tp tak letak daun kari sbb takde. sedaaaapppp! ;)

    ReplyDelete
  8. Tenkiu2! Sukanya Love coz Nadiah kata sedap! ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

THANK YOU FOR STOPPING OVER