Sotong Masak Kari & Kacang Buncis Goreng Telur...


Hari nih Love masak lauk favourite Rishie...habis licin dibuatnya...memang berminat Rishie klu Love buat Sotong Masak Kari nih...kita pun makan bertambah2...hihi...


Sebelum nih, Love pernah letak gambo Sotong Masak Kari tapi tak sertakan resipinya...so here it is...:-


Bahan2nya:-
  • 700gm isi sotong (yang telah dibersihkan & dipotong)
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia (Love letak lebih coz suka karinya pekat)
  • 1 bawang besar (dihiris)
  • 2 cili hijau (belah 4)
  • setangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang (potong 4)
  • 1 biji besar tomato (potong 4)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 sb rata serbuk kari ikan
  • 1.5 sb serbuk cili (ikut citarasa)
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • sedikit halba campuran
  • 1/4 sk serbuk jintan manis
  • 1/4 sk serbuk jintan putih
  • garam dan aji secukup rasa
  • air
  • garam secukupnya
Cara-cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis halba campuran, bawang merah, cili hijau, serai dan daun kari hingga naik bau. Kemudiannya, masukkan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk tadi. Tumis lagi.
  2. Masukkan sotong dan ubi kentang. Gaul sebati dan cover ngan penutup kuali selama 5 minit. Biarkan air keluar dari sotong dan mendidih. (sotong akan mengecut)
  3. Tambah lagi air (ikut citarasa...Love tambah secawan aje). Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, garam dan aji. Kacau dan biarkan mendidih lagi.
  4. Taburkan serbuk jintan manis, jintan putih dan tomato. Kacau sebati. Biarkan seketika.
  5. Dah cukup rasa...padamkan api. Itu sahaja! Senang kan!
Selamat Mencuba! ;)


Dish sampingannya, Love masak Kacang Buncis Goreng Telur....



Jom makan...!







Comments

  1. Lambat update today...busy??
    Tom. I'm going to try out ur recipe Ayam Goreng Berempah Serai with nasi lemak. FYI, my MIL is coming down..hoping that it'll turn out well!

    ReplyDelete
  2. sedapnya kari sotong tu. lama akak x mkn sotong sbb kat umah ni seafood tak jalan.hehe

    ReplyDelete
  3. Ash-Levin --> Hehe, was waiting 4 my update ker? Sorry ya! My mum came over, so was bz chatting with her ;)
    Oh really! I wish ur dishes will turn out great today and get more credits from ur MIL! All The Best...n dun 4get to update me how it went! Hehe...

    K.Ain --> Rishie mmg minat sotong...other seafood pun he likes, except for fish! huhu ;)

    ReplyDelete
  4. Ash-Levin --> Hehe, was waiting 4 my update ker? Sorry ya! My mum came over, so was bz chatting with her ;)
    Oh really! I wish ur dishes will turn out great today and get more credits from ur MIL! All The Best...n dun 4get to update me how it went! Hehe...

    K.Ain --> Rishie mmg minat sotong...other seafood pun he likes, except for fish! huhu ;)

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi letak kentang dengan sotong...sempat ke empuk kentang tuh ek love?kan ke sotong nih masak kejap je..kentang tu kena tunggu agak lama gak kan...kalo rebus dulu shud be ok kot?hehe..maklum la,kalo kat umah nih kentang masih keras2 sket pun tanak dimakan..huhu

    ReplyDelete
  6. Hasue --> Shld be okey letak kentang bersama sotong...sbb mmg kita biarkannya masak sebentar, tutup ngan penutup...lepas dah letak serbuk kari dll, kena bagi didih lagi...so dah empuk la sotong tuh...
    Klu kentang tuh lambat empuk, boleh rebus dulu...;)

    ReplyDelete
  7. mm memang kak da suka masakan love especially curry. awaiting your next curry.

    ReplyDelete
  8. KakDa--> Tenkiu2...Love xbrp minta kari, Hubby Love minat! ;)

    ReplyDelete
  9. KakDa...sorry typo-error...actually Love xbrp minat kari...hihi ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

THANK YOU FOR STOPPING OVER