latest updates...

Sambal Ayam Serai...

Ayam lagik??? Yeah right! Menu hari nih pun Ayam gak la! Nak buat pe, hari tuh Love gi tesco...banyak stock yang tidak diupdate...Ayam jer berlonggok...so, Love belilah ayam byk2! ;)

Today memang plan nak buat Sambal Ayam Serai nih.. kebetulannya, my younger sis n mum called nak dtg ke umah Love...nak visit Rishie n Ashika. My sis mintak Love buat sambal ayam gak, order buat pedas2 lagik...hahaaa!! Love pun dah lama tak masak pedas2 pun...so this time tambah jer la cili padi lebih2 sikit...hihi...:))


Anyways, here's the recipe for Sambal Ayam Serai...kalau ada yang berminat leh try erk! ;) resipinya just same like other's sambal gak...cuma Love add serai lebih2.. suka aromanya!

Bahan2nya :-
  • 1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong ikut suka (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)
  • 15-20 tangkai cili kering * ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 cm halia *
  • 1 biji bawang besar *
  • 2 batang serai *
  • 2 cm kunyit hidup *
  • 6 biji cili padi *
  • 3 batang serai ~ diketuk
  • 2 asam keping
  • air ~ ikut suka
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
Cara-cara memasaknya :-
  1. Kisar bersama bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar dan serai hingga pecah minyak. Kacau selalu.
  4. Tuangkan air dan masukkan asam keping. Biarkan mendidih. Perasakan dgn garam secukupnya.
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika.
  6. Kacau sekali lagi dan padamkan api.
  7. Sedia dihidang! ;))

14 comments :

  1. love, mak akak klu buat nasi lemak suke buat sambal ayam berserai camni.suami akak suker sgt.bila mak akak dah sakit dan sekarang dah tiada,suami akak masih terasa2 dan teringin2 ayam sambal berserai yg mak akak masak.akak masak pun katenye tak same rasenye mcm yg mak akak masak dulu...

    ReplyDelete
  2. Wahh love... my hubby punya favorite ni... kalau dia tgk, mesti suruh buat hahahaha.... jgn sampai dia ternampak ye... elehhheeeiii

    ReplyDelete
  3. Sedappp kan Love letak serai byk2... sini serai 3 batang slim2 dah RM5. Kalo boleh rasa cam nk tanam sendiri je.hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam kak LOVE,

    Waa..kita template baru ker? Lawa, lawa...:)
    kita ketinggalan nih. tak larat jejalan minggu ni.
    ngabihkan stok ayam,kak? saya pung..
    hihi.
    p/s: ayam tu nampak yummy...

    ReplyDelete
  5. KakFiza --> Mom's cooking always the best kan kak! Kita try camne pun sometimes tak jadik! hihi ;) Kesian ur hubby, he really missed ur mom's cooking kan...:(

    ReplyDelete
  6. KakNoor --> Hehe, akak kena masak gak tuk Mr Hubby erk! hihihi ;) Panggil Mr Hubby tgk ayam nih! :)

    ReplyDelete
  7. Nurindah --> Hehe, ketinggalan ker tuh? takpe2! A aah, dah abis pun stok ayam kat esbox tuh! :p

    ReplyDelete
  8. Ijan --> Whoa mahalnya serai kat sana erk Ijan! Love nih mmg peminat serai...sambal pun lagik sedap...;)

    ReplyDelete
  9. oh my god ...on more delicious food.....yummyyyy

    ReplyDelete
  10. Saya pun suka serai! Ummmm ... yummy!

    ReplyDelete
  11. hai love..mcm sedap ajer ayam masak cam ni..kira terror jugak ek love masak..

    ReplyDelete
  12. Anits --> Hehe, tenkiu2! Come, let's eat! ;)

    ReplyDelete
  13. Precious --> Yeah me too, it gives completely different taste n aroma to the food kan! ;)

    ReplyDelete
  14. Kak InaKL --> Oops, Love lum terror masak lagi kak! Still learning...n there's more to learn in this industry! hehehe ;)

    ReplyDelete

Thank You for your time reading my post. Please do leave your views, thanks again! ^___^

To Anonymous Commentors, prefer if you click on Name/Url and leave your name.

I know the word verification can be a pain at times, but sorry I had to keep it to avoid spammers :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow via Email

MY LOVELIEST FRIENDS...