latest updates...

Kari Ayam BerYogurt...


Uhhh...Love back to kitchen! :))

Di kala Virus M melanda nih, Love masuk gak ke dapur nak masak hari nih...! hihihi...(maklumlah dah more than a week Love tak masak...coz sakit2 hari tuh...sampai Diwali pun tak masak)...

Missed my Hubby alot...if he's still here, mesti dia dah masakkan tuk kita! ;)


Anyways, hari nih Love masak Kari Ayam Beryogurt nih...simple....but tasty! ;)


Love share resipinya di cni yer...yang berminat leh try! ;;)

Bahan2nya :-
  • 1/2 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong ikut suka
  • 5 biji bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 batang serai *
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 sk jintan manis
  • 1 biji bawang besar ~ dihiris
  • 1 batang serai ~ diketuk
  • 2 biji cili hijau ~ dihiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 biji ubi kentang ~ potong 4
  • 2 helai daun Bay
  • 2 sm serbuk kari
  • 1 sm serbuk cili
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 3 sb yogurt asli
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • minyak masak
Cara2 memasaknya :-
  1. Kisar bahan2 yang bertanda *.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan jintan manis.
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau, serai dan daun kari. Tumis sebentar. Kemudian, masukkan bahan2 kisar tadi. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan kuali dan biarkan ayam masak.
  5. Tambahkan air dan masukkan ubi kentang. Tutupkan kuali sekali lagi, biar kentang empuk.
  6. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam secukupnya. Tambahkan air jika perlu. Kacau dan biarkan mendidih.
  7. Akhirnya, masukkan yogurt dan daun bay. Kacau mesra dan biarkannya mendidih sebentar.
  8. Apabila dah cukup masak, cukup rasa...padamkan api.
  9. Sedia dihidang bersama nasi putih/ nasi minyak/ nasi briyani. ;) Makan ngan roti pun boleh! :))


11 comments :

  1. eppy diwali LOVE ...

    aper2 punn semua yg love masak sedappp di pandang mata .. lapooor punn ada .. uhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. mesti sedap niiiii!!! boleh try one day!!

    ReplyDelete
  3. Hi Love...wah dah berasap balik dah dapur yer...nampak sampai Penang...asap tu...lupa pasang vent. kot..Anyway...kari ayam tu kalau dapat dekat anak akak yang sulong...kat bangi...mesti bertambah-tambah nasi...Akak tak makan ayam..tapi family akak semua makan...nanti Along balik akak nak try...you take care okay!!

    ReplyDelete
  4. hey dear.. baru ganti curtain baru ke? nice.. merahhh mak ngahhh.. i like! ;)

    ReplyDelete
  5. K.Ieda --> Hihi, tenkiu!! Aisey shy shy Love karang! ;)

    K.Ain --> Hope u'll like it! :)

    K.Watie --> Dah mula berasap dapurku kak! hihi! Dah sampai Penang erk! :)
    Akak leh try resipi nih yer...hopefully will meet Along's taste ;) Sure, we'll take care! U too!

    Ida --> Tak jadik red tuh! kihkih! back to original! for time being ;)

    ReplyDelete
  6. Looks delicious la Love... sekarang ni dok mengidam nk makan ayam goreng berempah serai resipi Love tuh. kena buat cepat2 nie.. hehe... ppst, virus M melanda ek.. cepat2 guna antivirus tawww!

    ReplyDelete
  7. yummyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.....tengah vege ni...heheh

    ReplyDelete
  8. hi love, pekabar? rindunya kt love tau...Happy diwali love, sori lmbt wish sbb akak punya line streamyx problem..BTW kari ayam nih nmpk sedaplah ..

    ReplyDelete
  9. Ijan --> Hehe, tgh mengidam AGB Serai tuh ker Ijan! hihi...yeah kena ambik antivirus lak!

    ReplyDelete
  10. Anits --> Lolz...vege ah! Kena tahan erk! hihi :)

    ReplyDelete
  11. K.Azura --> Hi kak! No probz! tks for the wishes yer! Kari nih mmg sedap, got it's own taste. ;)

    ReplyDelete

Thank You for your time reading my post. Please do leave your views, thanks again! ^___^

To Anonymous Commentors, prefer if you click on Name/Url and leave your name.

I know the word verification can be a pain at times, but sorry I had to keep it to avoid spammers :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow via Email

MY LOVELIEST FRIENDS...