Telur Masak Sambal...



Dish tuk hari nih...Love minat betul sambal nih...whether bertelur rebus ataupun digoreng...nyum nyum....

Terlalu simple nak buatnye...tapi memang sedap! hihihi..

Okey, jom kita tgk bahan2nyer :-
  • 4 biji telur (direbus, buang kulit dan digoreng dahulu) - Love tak goreng psal nak cepat...hihi
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 sb cili kering kisar/ cili boh (kurang/ lebih ikut suka)
  • segenggam ikan bilis/ udang kering (direndam dlm air)
  • 1 bawang besar - potong bulat
  • 1 batang serai - diketuk
  • sedikit air (optional)
  • garam secukup rasa
  • minyak masak
Cara-cara memasaknyer :-
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih hingga lumat. Masukkan ikan bilis/ udang kering dan tumbuk lagi.
  2. Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan serai dan bawang besar...tumis sekejap. Perasakan dgn garam secukupnye. Tambah sedikit air jika mahu.
  4. Akhir sekali, masukkan telur yang telah direbus dan digoreng tadi. Gaul sebati. Padamkan api.
  5. Sedia dihidang panas bersama nasi putih.
  6. ***Bg mrk yang minat telur goreng...boleh goreng biasa/ dadar telur itu terlebih dahulu. Boleh adjust kuantiti bahan2 yg diperlukan...;)

Comments

  1. Menyelerakan plak telur masak sambal nie... makan ngan nasik lemak mesti best kan...

    ReplyDelete
  2. Ijan pasti suka telur masak sambal nih...mmg boleh makan ngan nasi lemak pun...try yer Ijan! ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

THANK YOU FOR STOPPING OVER