Simple Mackerel Sandwich...


Laaa...dari petang tadi, Love betul struggle la nak masuk blog nih...streamyx down aje! Tension dibuatnye...hihi...

Okey, nak update blog karang...


Ni Love buat sandwich malam semalam, atas permintaan Hubby...kerja mudah dan cepat nih, tapi pasti sedap...Hubby pun tolong Love kat dapur...hihi ;)

Woraittt, nih resipi sandwich Love...simple aje yer...;)

Bahan2nya :-
  • 16 keping roti Gardenia
  • 1 tin besar Mackerel (ayam brand) - nak gunakan sardin pun boleh
  • 1 labu bawang besar - potong dadu, kecik2
  • 1 btg cili hijau - hiris halus
  • garam secukup rasa
  • jus limau secukupnya
  • mayonis / margerin

Cara2 menyediakannya :-
  1. Potong bhg tepi roti jika mahu. Nak bakar roti terlebih dahulu pun boleh.
  2. Dlm sebuah mangkuk, masukkan isi Ikan Mackerel/ Sardin. Tenyekkkkk...
  3. Masukkan bawang besar, cili hijau dan garam. Gaul. Perah jus limau dan gaul sebati.
  4. Sapu mayonis/ margerin pada semua kepingan roti.
  5. Letakkan inti kat sekeping roti. Tutup ngan sekeping roti lagi.
  6. Potong segitiga kepingan roti yang telah diisi inti. Itu sahaja, sedia dimakan! nyum nyum!
  7. *** Kalau nak lagi sedap boleh letak daun salad...(love guna apa yang ada je..hihi)
Ni Inti Mackerel yang telah digaul bersama bawang besar, cili hijau, garam dan jus limau...






Comments