latest updates...

Mutton Masala...


Hari nih Love masak Mutton Masala...nama lain leh bg Kari Kambing Masala...hihi ;)

Nih resipinya yer.....


Bahan-bahannya :-


1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)


Bahan dikisar bersama :-

  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1-2 batang serai
-----------------------
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2-3 biji ubi kentang (potong empat)
  • 2 biji tomato (potong empat)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
  • 1 keping kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 1/2 sk biji jintan putih
  • 1/2 sk biji jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)1 sk serbuk Garam Masala
  • 2 gelas air
  • Garam dan aji secukupnya
  • Minyak masak

Cara-cara memasaknya :-
  1. Panaskan minyak dlm kuali.
  2. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
  3. Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
  4. Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
  5. Kacau seketika dan masukkan tomato.
  6. Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  7. Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
  8. Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
Mutton masala sedia dihidang.


*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air...
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...

Love sekeluarga makan ngan nasi minyak dan acar timun-nenas! Bes! ;) Enjoy ur meal! ;D





1 comment :

  1. Sedapnye kari kambing... kite kena tunggu stok kambin dulu ler... tokey balik kampung plak.. hehehe

    ReplyDelete

Thank You for your time reading my post. Please do leave your views, thanks again! ^___^

To Anonymous Commentors, prefer if you click on Name/Url and leave your name.

I know the word verification can be a pain at times, but sorry I had to keep it to avoid spammers :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow via Email

MY LOVELIEST FRIENDS...