latest updates...

Puding Roti Marble...


Sekian lama duk termenung aje kat puding roti marble k.hana@MyR nih...semalam dah cuba buat...yummy!!! Tks k.Hana! Love CnP di sini...nak kasi promo lah tu...;)

Love tak buat marble...tuang je ikut suka dlm loyang acuan...;) Inilah hasilnye....


Bahan-bahannye :-

* 4 keping roti

* 2 biji telur

* 1/2 cawan susu pekat
* 170ml susu cair

* 8gram serbuk agar2
* 1/2 cawan gula - boleh kurangkan
* 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)

* 31/2 cawan air
* 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara membuatnye :-
  • Didihkan 3 cwn air, serbuk agar-agar n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. Sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis dan ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

No comments :

Post a Comment

Thank You for your time reading my post. Please do leave your views, thanks again! ^___^

To Anonymous Commentors, prefer if you click on Name/Url and leave your name.

I know the word verification can be a pain at times, but sorry I had to keep it to avoid spammers :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow via Email

MY LOVELIEST FRIENDS...