latest updates...

Sambal Udang Berserai Pedas...



Haaa...selalu buat sambal nih untuk nasi lemak...favourite hubby...

Bahan-bahannya :-
  • 800gm Udang sederhana besar (dibersihkan) - nak berkulit pun ok...
Diblend bersama :-
  • 15-20 tangkai cili kering (dididih bersama air)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 2-3 batang serai
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 5-8 biji cili padi (optional)
  • 1/2-1 cawan air
  • --------------------------------------------------------
  • 2-3 biji bawang besar (potong bulat)
  • 100ml santan (optional) untuk sambal berlemak sikit
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan ajinomoto
  • Minyak
Cara-cara membuatnya :-
  • Gaul udang bersama sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang separuh masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blend tadi hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang besar dan tumis sebentar.
  • Tambah santan, garam, aji dan asam keping. Kacau dan didihkan.
  • Masukkan udang dan gaul sebati. Biarkan sebentar, padamkan api.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi putih/ nasi lemak.

4 comments :

  1. Sedap2nye resipi kat sini..ayam serai nie pun faveret nie...

    ReplyDelete
  2. Haaa...nih udang berserai pedas dik...;)

    ReplyDelete
  3. Ups...silap plak. Ingat ayam serai.heheh... :D takpe..udang pun sodap!

    ReplyDelete
  4. Hehehe...haa...udangnye kaw gitu!

    ReplyDelete

Thank You for your time reading my post. Please do leave your views, thanks again! ^___^

To Anonymous Commentors, prefer if you click on Name/Url and leave your name.

I know the word verification can be a pain at times, but sorry I had to keep it to avoid spammers :)

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow via Email

MY LOVELIEST FRIENDS...