Ayam Goreng Berempah...


Nih resipi ayam goreng versi Love...

Bahan diperap sekali :
  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka) - dicuci dengan garam.
  • 2 sudu besar pes bawang putih dan halia (dikisar bersama)
  • 2 sudu besar serbuk cili - boleh ditambah atau dikurangkan ikut citarasa
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil biji jintan putih (dikisar)
  • 1/2 sudu kecil biji lada hitam (dikisar)
  • Secubit serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil black vinegar
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
  • 2 tangkai daun kari (optional) - ditabur semasa menggoreng ayam
  • Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya :-
  1. Cuci ayam dengan garam dan toskan airnya.
  2. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap selama 1-2 jam. (disyorkan untuk memasukkan bahan satu persatu ikut turutan sambil menggaul)
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam dan goreng hingga merah keemasan.
  4. Taburkan daun kari untuk lebih aroma. Angkat ayam dan toskan minyak yang berlebihan.
  5. Sedia dimakan bersama nasi putih dan kari ayam.
  6. Bagi mereka yang suka ayam bercrispy:- Salut ayam yang telah diperap, bersama tepung beras/ jagung dan gorengkan dengan minyak yang banyak.
  7. Selamat mencuba...

Comments